Siaran satelit RTB4 dihentikan



Siaran Akhbar : Radio Televisyen Brunei


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Februari. - Bermula 1 Mac 2017, saluran RTB4 International kini boleh diikuti melalui saluran ‘terrestrial’ di negara ini dan secara ‘online’. 

Menurut Siaran Akhbar Radio Televisyen Brunei (RTB), siaran melalui satelit akan dihentikan perkhidmatannya pada 28 Februari 2017. 

Saluran RTB4 International boleh dilayari melalui laman sesawang RTB di ‘www.rtb.gov.bn’. 

Untuk mengikuti segmen berita, sila layari ‘www.rtbnews.rtb.gov.bn’, iaitu dengan mengikuti tatacara berikut :

a) Bagi pengguna telefon pintar :

i. Android : Muat turun aplikasi ‘MX Player’
ii. IOs : Muat turun aplikasi ‘VLC Player’

b) Bagi pengguna komputer peribadi :

i. Windows : Live streaming akan main secara automatik dengan menekan butang ‘play’
ii. Mac : Muat turun perisian ‘VLC Player’

Untuk mengikuti aktiviti-aktiviti RTB, orang awam boleh mengikutinya melalui media sosial Facebook / Instagram : ‘rtb.bn’ dan Twitter : ‘rtb_bn’.

Close