Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam
GADONG, Sabtu, 5 September. - Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) menganjurkan Majlis Penghargaan untuk media bertempat di Rizqun International Hotel.
Antara objektif penganjuran majlis penghargaan berkenaan adalah untuk memberikan penghargaan kepada pihak pengamal media termasuk agensi yang mengendalikan media cetak, media elektronik dan media sosial.
Penganjuran majlis ini juga adalah memupuk kerjasama antara PPNBD dan pihak media di negara ini. Media massa memainkan peranan penting dalam PPNBD terutamanya dalam pembarigaan program-program pengakap kepada masyarakat misalnya pembarigaan program-program pengakap seperti Jambori, perkhemahan peringkat daerah dan kebangsaan, seminar dan bengkel pengakap.
Majlis yang dianjurkan ini juga merupakan apresiasi PPNBD kepada pengamal media yang terlibat yang selama ini membantu dalam membarigakan dan mempromosikan pergerakan pengakap di negara ini.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat serta diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PPNBD, Awang Haji Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.
Setelah ucapan tetamu yang hadir melihat video klip perkembangan perjalanan PPNBD dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam terlibat membuat penyiaran program-program pengakap.
Turut hadir pada acara sambutan ialah Naib-naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung PPNBD, Bendahari Agung PPNBD, Pengerusi-pengerusi Majlis Pengakap Daerah, Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan (National Scout Council), Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Pengakap (Member of the Scout Foundation Advisory Board), Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengakap Kebangsaan (Members of the National Scout Executive Committee), Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Yayasan Pengakap (Members of the Scout Foundation Administrative Committee), Ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dan Dekoratif (Decorative and Disiplinary Committee) dan Majlis Pesuruhjaya PPNBD (Commissioner's Council).