BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor General and Commander-in Chief of Canada, Her Excellency The Right Honourable Louise Arbour dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Mark Carney; kerajaan dan juga rakyat Kanada bersempena Hari Kanada.