Siaran Akhbar dan Foto : DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Jun. – Awang Aediesopian bin Haji Ismail dinobatkan sebagai johan Pertandingan Beyblade X Depoco 2.0 setelah berjaya menewaskan Awang Mohammad Alim bin Raduan, yang sekali gus muncul naib johan dengan kiraan mata 9-6 pada perlawanan akhir Beyblade X yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Nur' Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi setelah berjaya menewaskan Awang Julkarnain bin Haji Husin dengan kiraan mata 7-6.
Sementara itu, kedudukan Top 8 pula disandang oleh Awang Danish Irfan bin Riwi, Awang Yusri bin Ramblee, Awang Muhd. Fikri bin Muhd. Faris dan Awang Muhammad Hariz bin Abdullah @Chrisna Carlos.
Pertandingan Depoco 2.0 Beyblade X berkenaan berlangsung selama lima hari bermula 10 hingga 14 Jun 2026 dengan setiap pemain perlu menjalani sesi kelayakan untuk mereka memasuki ke peringkat Top 16.
Pertandingan Beyblade X berkenaan dianjurkan oleh DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam dengan kerjasama Depoco Event Management dan Depoco 2.0 juga selaku penaja utama hadiah-hadiah pada kejohanan berkenaan.
Antara matlamat utama kejohanan berkenaan diadakan adalah untuk menarik minat orang ramai khususnya para pengemar permainan beyblade di negara ini selain pendedahan berterusan dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk di ketengahkan keperingkat antarabangsa.