Membudayakan membaca Al-Quran sebagai amalan rutin harian



​​Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 




GADONG, Selasa, 9 Jun. - Seramai 146 murid Darjah VI sesi petang Sekolah Ugama Beribi, petang tadi diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Sejahtera 1, Sumbangsih Mulia, Kampung Beribi, di sini.

 

Hadir, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Amir Azman bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Abdul Rahman.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Awang Haji Amir Azman, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim dan Takhtim.

 

Acara diteruskan dengan bacaan Doa Khatam oleh peserta khatam, Awang Mohammad Dinie Zikry bin Mohammad Yassin, dan diserikan dengan persembahan Dikir dan seterusnya penyampaian sijil oleh Pengarah Pentadbiran dan Kewangan.

 

Bagi memberkati acara, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Haji Mohd. Rudy bin Haji Shamsuddin.

 

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di persekolahan ugama di negara ini bertujuan untuk mendukung hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan hidup beragama, di samping sebagai usaha pihak Jabatan Pengajian Islam dalam sama-sama mengukuhkan syiar Islam di negara ini.


Close