Penerbangan terakhir jemaah haji negara selamat tiba



​​Oleh : Hajah Siti Zuraihah Awang Haji Sulaiman / Foto : Azmah Haji Ahad





BERAKAS, Sabtu, 6 Jun. - Sejumlah 246 jemaah haji Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi penerbangan keempat dan terakhir yang menaiki pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI4208 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 5.53 petang, hari ini.


Jumlah keseluruhan jemaah haji berkenaan adalah termasuk empat orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), 213 orang (termasuk enam pegawai syarikat) dari Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), 27 orang (termasuk seorang pegawai syarikat) dari Syarikat Balurih Travel Sdn. Bhd. dan dua orang Pegawai Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA).


Hadir mengalu-alukan ketibaan jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Datin; Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha.


Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Datin; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan isteri dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif.


Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Awang Haji Shamshol bin Haji Omar dan isteri; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan isteri; ahli-ahli jemaah penasihat haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah KHEU.


Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Yang Dimuliakan Begawan Mudim Awang Haji Amran bin Haji Md. Salleh.


Close