Siaran Akhbar : Jabatan Pengajian Tinggi
BERAKAS, Rabu, 27 Mei. - Pengumuman keputusan pengambilan melalui HECAS bagi kemasukan bulan Ogos 2026 bagi Sesi Akademik 2026/2027 bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei akan dikeluarkan pada Khamis, 28 Mei 2026, jam 9 pagi.
Pemohon-pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS iaitu 'https://hecas.moe.gov.bn'.
Pemohon yang berjaya hendaklah menerima / menolak tawaran sebelum Selasa, 9 Jun 2026, jam 4 petang.
Bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, tarikh akhir untuk menghadapkan Surat Rayuan dan dokumen berkenaan ke IPTA pada Rabu, 3 Jun 2026 sebelum jam 4 petang.
Pemohon adalah disarankan untuk memohon ke program yang berlainan daripada permohonan awal.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel di 'ask.hecas@moe.gov.bn' atau melalui nombor telefon +673 2381992/2381224 semasa waktu pejabat.