Pengundian, pemilihan calon Ketua Kampung Rimba Kawasan 2



​​

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor/Morshidi




RIMBA, Ahad, 17 Mei. - Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rimba Kawasan 2, Mukim Gadong 'A', berlangsung di Sekolah Rendah Alif, Rimba dengan menggunakan kaedah kertas undi.


Manakala pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada Jumaat, 15 Mei 2026 yang lalu.


Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba, Awang Mohd. Adham bin Hashim.


Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rimba Kawasan 2, Mukim Gadong 'A', menyaksikan Awang Mohd. Khairul Anwar bin Matshah, mendapat sebanyak 56 undian setuju.


Awang Mohd. Khairul Anwar, berusia 33 tahun, dan berkelulusan Bachelor of Science (Major in Mathematics) dari Universiti Brunei Darussalam tahun 2016.


Hadir ke majlis tersebut ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Abdul Hadi bin Haji Mohammad Syarifuddin.


Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, selaku wakil Daerah Zon 5 - Daerah Brunei dan Muara, dan juga Ketua Kampung Putat, Mukim Lumapas.


Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.


Close