Menyantuni RS mengadaptasi diri dalam kehidupan bermasyarakat





Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Aftercare Support Association





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei. – Dalam usaha membantu Rakan Seliaan (RS) secara berterusan bagi meningkatkan perkembangan diri, menambah kemahiran dalam bidang ekonomi serta membina keyakinan diri yang lebih positif dalam kalangan komuniti, pihak Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) baru-baru ini menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dalam bidang masakan serta budaya masyarakat Republik Türkiye.


Seramai 12 peserta menghadiri program berkenaan yang terdiri daripada RS, Rakan Harmoni (RH) dan peserta Skim Pembebasan Sementara (SPS).


Program masakan Republik Türkiye berkenaan dikendalikan oleh Yunus Emre Institut Republik Turkiye.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy bersama isteri, Puan Lale Ersoy.


Turut hadir, Yang Dipertua AFSA, Dayang Hajah Juhana binti Haji Mohd. Jaya; para penasihat AFSA, Pemangku Pengarah Jabatan Penjara serta Ahli Jawatankuasa Tadbir AFSA.


Alhamdulillah, program berkenaan merupakan salah satu inisiatif berterusan AFSA dalam menyantuni RS agar mereka dapat terus mengadaptasi diri dalam kehidupan bermasyarakat dan berkomuniti.


Pihak AFSA amat bersyukur atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Kedutaan Republik Türkiye dalam menjayakan program berkenaan. 

 

Close