Oleh : Ak. Mohd. Zaki Pg. Haji Kasharan / Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas
SERIA, Selasa, 5 Mei. - Rombongan Republik Demokratik Timor-Leste yang sedang dalam lawatan ke negara ini pada petang tadi telah mengadakan lawatan kerja ke Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn. Bhd. di Panaga, Seria, di sini.
Ketibaan Naib Perdana Menteri, Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar, Tuan Yang Terutama Francisco Kalbuadi Lay; serta Naib Perdana Menteri, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Sosial dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Komuniti Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Mariano Assanami Sabino, dialu-alukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.
Turut sama mengalu-alukan ketibaan rombongan Republik Demokratik Timor-Leste ialah Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum, Johan Atema.
Semasa lawatan rombongan Republik Demokratik Timor-Leste berkenaan diberikan penerangan mengenai operasi perniagaan BSP.
Sebelum meninggalkan BSP, rombongan dari Republik Demokratik Timor-Leste turut berkesempatan dibawa dalam sesi bergambar ramai.