Berkenan menerima mengadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia





Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, hari ini.


Menyertai Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Malek Razak pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan dan pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Tentera Malaysia.


Negara Brunei Darussalam dan Malaysia menikmati hubungan pertahanan yang erat dan berterusan, yang diperkukuhkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada 14 Februari 1992 serta menerusi kerjasama pertahanan yang berterusan di pelbagai platform pelbagai hala.


Close