Pelantikan, penetapan pegawai kanan kerajaan






BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Mei. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff untuk dilantik dan ditetapkan dalam jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan.


Tarikh pelantikan dan penetapan jawatan pegawai kanan berkenaan berkuat kuasa mulai hari Isnin, 4 Mei 2026 bersamaan 16 Zulkaedah 1447.




Close