Oleh : Radio Televisyen Brunei / Foto : Tangkap Layar RTBGo
BENGKURONG, Ahad, 26 April. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan menyertai Kejohanan Terbuka Artura dan seterusnya merasmikan pembukaan rasmi Artura yang berlangsung di Gelanggang Artura, Kampung Bengkurong.
Pada kejohanan tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah telah menyertai Kategori Terbuka Wanita.
Semasa perlawanan pertama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri bersama pasangannya, Dayang Hajah Atiah binti Pehin Dato Haji Mohd. Jaafar memenangi perlawanan dengan kiraan 6 - 2. Sementara pada perlawanan kedua, Yang Teramat Mulia dan pasangannya tewas pada kiraan 2 - 6.
Kejohanan Terbuka Artura ini mempromosi sukan pedal kepada masyarakat umum, menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif selain menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu.