Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 April. – Kejohanan Yonex Sunrise Brunei Terbuka 2026 memberi penekanan yang kuat terhadap pembangunan belia melalui penyertaan kategori Bawah-15 (B15) dan Bawah-18 (B18) dan memperkukuhkan lagi usaha untuk membina generasi baharu pemain badminton kebangsaan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD), berfungsi sebagai platform utama untuk mengenal pasti dan membimbing bakat muda. Kejohanna ini juga bertujuan untuk mencari bakat baharu dan menyiapkan mereka untuk latihan peringkat lebih tinggi serta mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Johan bagi Kategori B15 Boys Doubles disandang oleh pasangan Muhammad Ahza Asyari bin Mohamad Saidun dan Muhammad Wyidad bin Haji Hamidon. Naib johan diraih oleh pasangan Lim Ren Jae dan Lim Ren Jun manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasangan Bryan Djap dan Keio Lim Tien Yi dan juga pasangan Goh Haw Yeu dan Goh Yeh Yeu.
Seterusnya bagi kategori B15 Girls Doubles, johan diraih oleh pasangan Aggie Wong Wen Yi dan Shalene Lim Yu Han sementara naib johan ialah pasangan Nur Dhia Hana Delisha binti Muhammad Hazim Zainul Arifin dan Ranee Pong Xue Ching dan tempat ketiga bersama masing-masing dimenangi oleh pasangan Noor Rayhanaa binti Mohd. Sofian dan Nur Aisyah Alisha binti Khairul Anwar dan juga pasangan Joleigh Sam dan Vanessa Voon.
Kemudian, johan kategori B18 Boys Doubles dirangkul oleh pasangan Bobby Feguson Chong @ Chong Choon Wenn dan Muhd. Nur Febrian Nughoro Rosli. Naib johan pula disandang oleh pasangan Muhammad Syarifudin bin Ermadena dan Noor Masaerieel bin Thomas dan pasangan Goh Hiaw Yeu dan Lim Ren Jae dan juga Muhd. Shahrul Badri bin Muhammad dan Muhd. Syazri bin Sumardi masing-masing memenangi tempat ketiga.
Sementara itu, johan bagi kategori B18 Girls Doubles dinobatkan kepada pasangan Jaslene Lim Yu Qin dan Sherreen Nyau Chai Yie dan naib johan ialah pasangan Najwa Adyarina binti Haji Amidon dan Nur Eiffah Humaira binti Haji Amidon manakala tempat ketiga disandang oleh pasangan Diana Syazana binti Sumardi dan Shalene Lim Yu Han dan Nur Aleesya binti Mohd. Baruddin dan Ranee Pong Xue Ching.
Manakala itu, johan kategori Youth Open Mens Double diraih oleh pasangan Mohd. Aziz Asyraf bin Haji kamis dan Pengiran Abd. Halim Al Hakim bin Pengiran Haji Ismail dan seterusnya, naib johan disandang oleh Ak. Azri Safwan bin Woo Shang Huei serta tempat ketiga pula diberikan kepada pasangan Amirul Hadi Sham dan Mohd. Firdaus bin Mohammad Ali.
Johan kategori National Open Women's Doubles dinobatkan kepada pasangan Nuraqilah binti Haji Shahroney dan Siti Marinah binti Mohd. Salleh. Naib johan disandang oleh pasangan Leong Mei Fang dan Noor Azura binti Mohd. Salleh dan tempat ketiga bersama ialah pasangan Nurhidayatul Isma Isnon binti Ismail dan Siti Nor Fatiha binti Haji Zaidin dan pasangan Pengiran Nuraniqah Zarifah binti Pengiran Sahminan dan Pengiran Nurhaziqah Azmina binti Pengiran Sahminan.
Kategori National Open Mixed Double, johan disandang oleh pasangan Ahmad bin Haji Abd. Razak dan Nur Najmah Matshah. Naib johan pula diraih oleh pasangan Mohd. Shahirul bin Mohd. Jenin dan Siti Marinah binti Mohd. Salleh manakala tempat ketiga bersama ialah pasangan Mohd. Fairie Syah bin Ruslan dan Noor Nekma Rainah binti Haji Rosley dan pasangan Daniel Fikri bin Mohd. Ali Nor dan Nur Amirazarina binti Mohd. Amir Hidayatullah.
Seterusnya johan kategori National Open Mens Singles dinobatkan kepada Dessen Chung Min Tin sementara naib johan ialah Muhd. Marhanif bin Mohd. Ali dan tempat ketiga bersama ialah Ahmad bin Haji Abd. Razak dan Mattew Anak Minggat.
Terakhir bagi kategori National Open Men's Doubles diraih oleh pasangan Mohammad Aziz Asyraf bin Haji Kamis dan Muhd. Azizan Firdaus bin Ali Mustapha. Manakala naib johan, pasangan Pengiran Abd. Halim Al Hakim bin Pengiran Haji Ismail dan Pengiran Haji Muhammad Afi bin Pengiran Haji Ahmad. Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasangan Md. Shari bin Haji Lamat dan Syafiq Abdullah.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan piala dan pingat kejohanan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.
Penyertaan acara beregu B15 dan B18 memberikan peluang berharga kepada atlet muda untuk mendapatkan pendedahan pertandingan yang berstruktur, sambil merapatkan jurang antara penyertaan akar umbi dan laluan ke prestasi elit.
Penyertaan yang memberangsangkan, terutamanya dalam kategori junior, mencerminkan minat dan penglibatan yang semakin meningkat dalam sukan badminton dalam kalangan belia Brunei.
PBKBD terus menempatkan Brunei Open sebagai platform pembangunan strategik, menyokong matlamat jangka panjang untuk melahirkan pemain yang kompetitif bagi kejohanan serantau dan antarabangsa, termasuk Sukan SEA dan acara utama lain.
Dengan penumpuan kepada belia, Brunei Open 2026 menegaskan komitmen negara terhadap pembangunan sukan yang lestari dan kejayaan masa depan di peringkat antarabangsa.