Perhimpunan keluarga meriahkan Sambutan Hari Raya




Berita dan Foto : Ihsan Abidin Haji Othman





BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 April. - Majlis Perhimpunan Keluarga bagi purih Generasi Allahyarhamah Dayang Damit binti Abdul Rahman dan Allahyarham Awang Safar bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aminuddin telah diadakan di Dewan Utama, Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, baru-baru ini.


Perhimpunan ini adalah acara tahunan dengan tajuk 'Jalinan Kasih Aidilfitri Generasi Allahyarhamah Dayang Damit binti Abdul Rahman dan Allahyarham Awang Safar bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aminuddin Kali Ke-3'.


Antara tujuan perhimpunan ini adalah untuk mengenali kedudukan tali persaudaraan melalui carta salasilah yang telah dihasilkan di samping memupuk semangat kekeluargaan yang tinggi dengan mengekalkan rasa muhibah ahli keluarga.


Sambutan pada tahun ini sertai lebih 300 orang sanak saudara iaitu dari Generasi Ke-3 hingga Generasi Ke-8. la juga menjadi wadah pertemuan sesama 'indung patuan, dangsanak', sepupu sepapat dan ahli keluarga lainnya.


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.


Menurut Pengerusi Majlis dalam ucapannya menyatakan, sambutan ini dapat direalisasikan berkat sokongan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli jawatankuasa dalam menghimpun dan merancang aktiviti berkebajikan ini.


“Memang bukan mudah untuk menyatukan idea atau pendapat masing-masing namun semua itu dapat diatasi dengan adanya sikap toleransi dan saling menerima pandangan," jelasnya.


Acara dipenuhi dengan persembahan, lagu-lagu Hari Raya oleh ahli jawatankuasa majlis dan persembahan setiap generasi, kuiz dan cabutan nama-nama bertuah.

Close