Mangsa bencana terima bantuan kewangan



Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pembangunan Masyarakat





BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 April. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah keseluruhan BND3,250.00 kepada lima orang ketua keluarga pada majlis yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS.


Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh


Daripada lima ketua keluarga yang menerima bantuan kewangan hari ini, seramai empat ketua keluarga adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir dan seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran.


Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga.


Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

 

Close