Sambutan Hari Raya RB pupuk semangat kebersamaan



Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Mohammad Hasif Matzin

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 April. - Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih terus dirasakan dan diraikan oleh pelbagai pihak di negara ini.


Sehubungan itu, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) juga tidak ketinggalan pada pagi tadi menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri tahunannya, 'Silaturahim Syawal Bersama RB', yang berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak D'Seni.


Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah RB; dan Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah RB.


Majlis tersebut turut menghimpunkan para jemputan kehormat termasuk pegawai kanan kerajaan, rakan korporat, agensi pelancongan serta anggota kor diplomatik.


Turut hadir ialah duta-duta, pesuruhjaya tinggi dan wakil dari beberapa perwakilan asing, mencerminkan hubungan antarabangsa serta kerjasama erat yang dipupuk oleh RB.


Acara diserikan dengan sambutan mesra serta persembahan tradisional Hari Raya, yang menonjolkan semangat kebersamaan dan penghargaan.


RB terus komited dalam memperkukuh hubungan dengan para pemegang taruh dan komuniti antarabangsa, di samping meraikan nilai-nilai kebudayaan yang menyatukan negara.

Close