Memupuk semangat untuk terus maju bersama




Oleh : Khartini Hamir / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman 





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. - Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) petang tadi mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah / 2026 Masihi, bertempat di sebuah hotel di Kiulap.


Hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi acara, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.


Juga hadir sama, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Türkiye ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke NBD, Tuan Yang Terutama Abel Guterres; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke NBD, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan; dan perwakilan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia di negara ini.


Acara diisikan dengan penyampaian cenderamata kepada saudara-saudara baharu dari Persatuan Nurul Islam (PNI) dan kemudian menikmati jamuan.


Majlis juga diserikan lagi dengan beberapa persembahan lagu Hari Raya daripada Ahli-ahli PPPMB dan seterusnya mengikuti cabutan hadiah bertuah.


Majlis seumpama berkenaan menunjukkan komitmen dalam kalangan ahli-ahli dan keluarga dalam mengeratkan lagi silaturahim dan bersama-sama meraikan sambutan yang gilang-gemilang.


Di samping itu, memupuk semangat untuk terus maju bersama dan mengukuhkan lagi iltizam untuk terus menyokong dan memajukan peniaga-peniaga Melayu di negara ini.

Close