Aidilfitri tanda perpaduan, kesyukuran, kebersamaan




Siaran Akhbar dan Foto : Hibiscus EP (Brunei) B.V.






JERUDONG, Selasa, 7 April. - Hibiscus EP (Brunei) B.V (HEB) baru-baru ini meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka yang penuh mesra di The Empire Brunei, dan menghimpunkan pegawai-pegawai kanan kerajaan, pihak berkuasa, rakan perniagaan, ahli komuniti serta para pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan.


Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Ketua Negara dan Pengerusi Hibiscus Petroleum dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang penuh bermakna dengan menekankan nilai perpaduan, kesyukuran dan kebersamaan.


Beliau turut berkongsi pencapaian serta sasaran syarikat, termasuk penglibatan baharu dalam industri yang menandakan kemasukan Hibiscus yang semakin berkembang dalam sektor tenaga di Negara Brunei Darussalam (NBD), di samping kemajuan berterusan dalam aspek keselamatan dan inisiatif komuniti.


“Hari Raya adalah masa untuk membuka pintu dan hati kita. Semoga musim perayaan ini membawa kegembiraan, keamanan dan kemakmuran kepada semua," ujarnya lagi.


Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan meriah oleh penggiat seni dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Sambutan seumpama berkenaan adalah seiring dengan komitmen Hibiscus untuk terus menyumbang secara positif kepada NBD selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

Close