Gleneagles JPMC memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan



Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman






JERUDONG, Rabu, 1 April. - Gleneagles JPMC hari ini mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.


Hadir pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; serta Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Kira-kira 500 tetamu menghadiri majlis berkenaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, duta-duta, pihak-pihak berkepentingan korporat dan para kakitangan Gleneagles JPMC.


Majlis berkenaan dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay bagi pihak Gleneagles JPMC dan pasukan pengurusan Gleneagles JPMC.


Majlis dianjurkan bertujuan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri serta memperkukuh hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan dan kakitangan.

Close