Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Mac. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Selasa, 31 Mac 2026 merupakan tarikh penutupan Tahun Kewangan TAP 2025 - 2026.
Sehubungan itu, semua kaunter perkhidmatan bagi urusan pembayaran, pendaftaran dan pengeluaran di semua cawangan TAP akan ditutup pada hari tersebut.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan TAP akan disediakan secara terhad bagi pertanyaan umum, perkhidmatan dalam talian e-Amanah melalui kemudahan Inbox serta Pusat Panggilan TAP.
Semua perkhidmatan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada Rabu, 1 April 2026. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP menerusi talian +673 272 2929 pada waktu bekerja atau melalui e-mel di 'ask@tap.com.bn'. Bagi mengetahui perkembangan terkini, sila ikuti Tabung Amanah Pekerja (TAP) di Facebook atau '@tap_brunei' di Instagram.