JBP sentiasa siap siaga hadapi sebarang kecemasan



Oleh : Srinarawie Bidzah / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. - Sebagaimana yang pernah dimaklumkan dalam Kenyataan Menteri bahawa sebanyak 30 buah Water Tender Ladder (WTL), dan 10 sudah datang dan telah diserahkan kepada balai-balai bomba.


Ada 24 balai bomba di seluruh negara dan mempunyai 130 buah pelbagai jenis kenderaan. Dari segi kesiapsiagaannya, 80 peratus atau 90 peratus kesiapsiagaan. Dari segi pam-pam bomba memang dibaiki dan diselenggarakan.


Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa menjawab pertanyaan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lau How Teck mengenai kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam melindungi kawasan industri dan pertanian, termasuk penyelarasan keselamatan dengan pembangunan ekonomi dan penilaian risiko, kapasiti operasi dan tenaga kerja dilaksanakan bagi memastikan respons kecemasan berskala besar yang berkesan mengikut zon operasi dan pendekatan pencegahan serta latihan awam bagi memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti, sekali gus menyokong keyakinan pelabur terhadap persekitaran ekonomi yang kondusif.


Pada Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat menjelaskan berkenaan dengan Industrial Firefighting, memang pihak JBP bekerjasama dengan our industry's players for example Bomba SPARK, Bomba Brunei Shell Petroleum, dan di sana mereka akan mengakses mereka punya kompetensi when it's come to Industrial Firefighting tersebut.


"Kaola pernah jua mengongsikan Community-Based Disaster Risk Management, School-Based Disaster Risk Management. Komuniti ani di peringkat akar umbi, di peringkat masyarakat dan jua school-based ani, supaya durang mengetahui when comes to keadaan-keadaan kecemasan, durang tahu apa kan dibuat and then jua, setiap kementerian, jabatan-jabatan ada Fire Marshalnya sendiri.


"So, Fire Marshal anitah yang akan ushering apa-apa saja perkara-perkara yang kalau terjadi kebakaran di bangunan-bangunan," ujar Yang Berhormat lagi.

Close