PPS bagi meningkatkan kesiapsiagaan semasa situasi kecemasan



Oleh : Srinarawie Bidzah / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan bahawa sebanyak 14 buah dewan yang akan diperbaiki, yang memang masa ini pejabat-pejabat daerah memang mengenal pasti.


Tambah Yang Berhormat lagi, dewan tersebut akan diperbaiki berdasarkan kepada peringkat-peringkat keuzuran dewan berkenaan, insyaaAllah akan dibuat secara berperingkat-peringkat.


"Berkenaan dengan Pusat Penempatan Sementara (PPS). Mungkin Yang Berhormat pun sebagai seorang ahli daripada District Disaster Management di daerah-daerah, di Daerah Tutong ada satu PPS, di Daerah Brunei dan Muara satu yang mana itu pun sudah diperbaiki dan akan ditempatkan mana-mana yang memerlukan PPS," ujar Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi menjawab pertanyaan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, juga Penghulu Mukim Ukong, Daerah Tutong mengenai cadangan penubuhan PPS Kecemasan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan sokongan komuniti semasa situasi kecemasan dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.


Menurut Yang Berhormat lagi, jika dulu kitani lihat PPS ini, ialah khemah biru which is not conducive untuk orang tinggal berminggu-minggu tapi sekarang flat kosong diperbaiki untuk penempatan. Jadi, ini adalah dimaksudkan Whole of Government dan juga kemasyarakatan ini penting untuk sinergi kemasyarakatan, kerajaan dan masyarakat.

Close