Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. - Persoalan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai usaha pameran produk halal ke peringkat antarabangsa juga turut dikemukakan pada Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menyatakan bahawa usaha Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) sememangnya membuat dengan mempromosi produk-produk tempatan keluar negara termasuk Negara Brunei Darussalam (NBD) made product di Republik Singapura dan sebagainya.
Menurut Yang Berhormat, Alhamdulillah dari pengalaman mengikuti ekspo di Republik Singapura itu telah mendapat sambutan dan banyak yang berminat dengan produk NBD.
Namun kata Yang Berhormat, kita mesti memperkuatkan lagi production base dan demi mempertingkatkan production berkenaan, kerajaan akan membangunkan Pusat Memproses Makanan (Food Processing Centre) yang dijangka akan siap pada tahun ini yang bukan hanya untuk kegunaan GLC malah juga dibukakan kepada pihak swasta.
Production Facility tersebut kata Yang Berhormat, memenuhi standard kebangsaan termasuk good manufacturing practice dan sebagainya.
Mengenai dengan Brunei Green Economy Framework, Yang Berhormat menyatakan bahawa beberapa aktiviti telah dikenal pasti seperti solar panel, renewable energy, carbon capture utilisation, carbon capture storage dan sebagainya. Dalam perbincangan bersama Kerajaan United Kingdom, ada beberapa persediaan perlu dibuat seperti kemahiran, regulation financing dan sebagainya bagi sama-sama berkolaborasi dalam mewujudkan asas (foundation) yang lebih kukuh dan kemudiannya dapat memanfaatkan beberapa bidang yang telah dikenal pasti dalam Brunei Green Economy Framework.
Seterusnya mengenai dengan Special Economic Zone pula jelas Yang Berhormat, kitani telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Februari 2025 lalu yang mana projek itu lebih complicated kalau dibandingkan dengan projek-projek FDI yang lain. Justeru, Special Economic Zone ini melibatkan banyak pihak termasuk semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan.
Dari segi ekonomi, Yang Berhormat menyokong sepenuhnya berikutan ia membawa banyak manfaat kepada ekonomi negara dengan jumlah pelaburan yang tinggi. Pelaburan itu akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang. Jadi hanya ada satu sustainable investment bagi ekonomi negara kita ini dan seterusnya menjalankan pekerjaan untuk anak-anak tempatan.
Tambah Yang Berhormat lagi, projek itu melibatkan undang-undang, security dan sebagainya. Jadi inilah isu-isu yang mesti bekerjasama sebagai satu Whole of Government, Whole of Nation Approach. Dan oleh kerana projek itu yang touch on everybody's life, akan mengadakan beberapa sesi untuk mengongsikan lebih perinci keterangan projek itu dan pada masa sekarang masih dalam peringkat sulit, iaitu dalam perbincangan dengan investor.