Siaran Akhbar dan Foto : Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
TEMBURONG, Selasa, 17 Mac. - Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Sibut, Daerah Temburong.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong, di mana barangan keperluan asasi dan keperluan harian telah diagihkan kepada 10 keluarga kurang berkemampuan dari kampung berkenaan.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SHENA, Awang Haji Muhsin bin Haji Ahmad kepada wakil-wakil keluarga penerima.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan SHENA terhadap kesejahteraan masyarakat serta menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya bersempena bulan Ramadan yang penuh berkah, dengan memberikan bantuan bermakna kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dalam kalangan masyarakat.