Memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat



​​

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama





BERAKAS, Ahad, 8 Mac. - Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lambak Kiri dengan kerjasama Syarikat Darul Rahman Travel Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Bantuan Golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim, bertempat di Masjid STKRJ Lambak Kiri.


Majlis yang penuh keberkatan berkenaan diadakan bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid STKRJ Lambak Kiri, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pengurusan Syarikat Darul Rahman Travel Sdn. Bhd., Awang Haji Ahmad Bukhari bin Haji Haji.


Acara diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan berupa wang dan keperluan asasi kepada sembilan anak yatim dan 20 orang daripada golongan asnaf yang terpilih.


Diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat majlis, jemputan khas dan imam-imam masjid sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Doa Selamat bagi memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala atas segala amal kebajikan yang dilaksanakan.


Majlis berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan pihak masjid dan sektor swasta dalam memperkukuh tanggungjawab sosial serta memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.


Close