Pemakluman pemenang musabaqah menghafaz Al-Quran



​​Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Mohammad Hasif Matzin

 




BERAKAS, Jumaat, 6 Mac. - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini, diserikan lagi dengan Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah.


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada peserta.


Terdahulu itu, Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447H disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, selaku Pengerusi Jemaah Hakim.


Bagi Kategori 'A', iaitu Menghafaz 1 Juz Al-Quran iaitu Juz 30 berserta Pemahaman Juz 30, yang mana pemenang pertama ialah Dayang Nur Syifa Hasanah binti Mohammad Fikri dengan memperolehi markah 98.85 peratus, diikuti pemenang kedua iaitu Dayang Nur Saffiyyah Azzahra binti Hafiz dengan markah 98.77 peratus, dan ketiga ialah Dayang Nur Sarah Basyirah binti Mohammad Fikri, dengan markah 98.70 peratus.


Pemenang pertama bagi Kategori 'A', menerima wang tunai berjumlah BND1,500, hadiah iringan, sijil penyertaaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1 gram (g) foil emas sumbangan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB); manakala tempat kedua menerima wang tunai berjumlah BND1,000, hadiah iringan, sijil penyertaaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40g logam perak sumbangan BDCB; dan pemenang ketiga menerima wang tunai berjumlah BND750, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1g logam perak sumbangan BDCB.


Sementara itu, bagi Kategori 'B', iaitu Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Yaa Siin, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Jumu'ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Jinn dan Surah Al-Insaan dan berserta pemahaman Surah Nuh, Surah Al-Muzzammil, Surah Al-Muddathir, Surah Al-Qiyamah dan Surah Al-Mursalat, johan disandang oleh Dayang Ainaa Zunah Insyirah binti Haji Abdul Manap dengan memperoleh markah 98.78 peratus, diikuti Dayangku Wajihah binti Pengiran Khairul Nazri di tempat kedua yang memperoleh markah 98.42 peratus, dan pemenang ketiga selepas memperoleh markah 97.15 peratus ialah Siti Nur Darwisyah binti Sabli.


Dalam pada itu, johan bagi Kategori 'B' menerima wang tunai berjumlah BND2,000, hadiah iringan, sijil penyertaaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1g foil emas sumbangan BDCB; manakala tempat kedua menerima wang tunai berjumlah BND1,500, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40g logam perak sumbangan BDCB; dan pemenang ketiga menerima wang tunai berjumlah BND1,200, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1g logam perak sumbangan BDCB.


Bagi Kategori 'C', iaitu Menghafaz 4 Juz Al-Quran dari Juz 1 hingga 4 berserta pemahaman Surah Al-Hijr dan Surah An-Nahl serta terbuka kepada semua peringkat umur, yang mana tempat pertama disandang oleh Dayang Siti Nurzawanah binti Mohammad Saidin dengan markah 98.41 peratus, diikuti dengan Dayangku Siti Huwaida Kareemah binti Pengiran Mohd. Helmy di tempat kedua dengan memperolehi markah 98.29 peratus, dan tempat ketiga dengan memperoleh markah 98.05 peratus disandang oleh Dayang Atiqah Munirah binti Haji Muamat.


Pemenang bagi Kategori 'C' membawa pulang wang tunai berjumlah BND2,800, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1g foil emas sumbangan BDCB; sementara itu pemenang kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah BND2,000, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40g logam perak sumbangan BDCB; dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai berjumlah BND1,500, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1g logam perak sumbangan BDCB.


Bagi Kategori 'D' pula iaitu Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta pemahaman Surah Al-Ahqaf, Surah Muhammad dan Surah Al-Fath, serta terbuka kepada semua peringkat umur, johan disandang oleh Dayang Ameerah Batrisyia @ Sarah Huwaina binti Haji Amir Hisham dengan memperoleh markah 97.19 peratus, diikuti naib johan yang disandang oleh Dayang Nur Sofiyyah Solehah binti Mohammad Fikri yang memperoleh markah 95.98 peratus, dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Muhamad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh dengan memperoleh markah 95.82 peratus.


Juara bagi Kategori 'D' menerima wang tunai berjumlah BND3,500, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1g foil emas sumbangan BDCB; sementara pemenang kedua menerima wang tunai berjumlah BND2,500, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40g logam perak sumbangan BDCB; dan tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND2,000, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1g logam perak sumbangan BDCB.


Manakala, bagi Kategori 'E', iaitu Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah Maidah dan Surah Al-An'am yang mana johan bagi kategori ini disandang oleh Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dengan memperoleh markah 98.29 peratus, diikuti Awang Mohammad Afif Fikry bin Haji Abu Bakar selaku pemenang kedua dengan memperoleh markah 95.46 peratus, dan di tempat ketiga, ialah Awang Muhammad Amin Yusof bin Muhammad Arifin dengan memperoleh markah 94.65 peratus.

​​

Pemang pertama bagi Kategori 'E' menerima wang tunai berjumlah BND5,000, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1g foil emas sumbangan BDCB; diikuti pemenang kedua yang menerima wang tunai berjumlah BND3,500, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40g logam perak sumbangan BDCB; dan tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND2,500, hadiah iringan, sijil penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1g logam perak sumbangan BDCB.


Close