Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ihsan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Mac. - Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bagi rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya serta Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi telah diadakan pagi tadi bertempat di Kubah Makam Diraja, di sini.
Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yaa Siin dan Tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Imam Tingkat I, Awang Muhd. Arif bin Haji Johari.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di kalangan penghulu dan ketua kampung, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah.