MMN adakan Doa Selamat, memohon keberkatan Istiadat Pembukaan Rasmi





Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Mac. - Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi, Majlis Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat dan seterusnya Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Selamat diadakan petang tadi di Surau Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.


Majlis penuh keberkatan berkenaan dihadiri oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.


Turut hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli MMN.


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Tingkat I, Awang Mohd. Hasnal bin Haji Mohamad.


Majlis berkenaan diadakan bagi memohon keberkatan dan kelancaran bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN serta sepanjang persidangan, di samping memperkukuh kesediaan MMN dalam menyempurnakan amanah yang akan digalas sepanjang persidangan.


Close