Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
LUMUT, Isnin, 2 Mac. - Majlis Tadarus Al-Quran bulan Ramadan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi di Daerah Belait berlangsung di Masjid Zainab, Lumut, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dalam kalangan penghulu mukim dan ketua kampung, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait berserta penduduk kampung sekitarnya.
Majlis dimulai dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dari Mukim Liang dan wakaf yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tadarus Al-Quran yang dimulakan oleh Yang Berhormat.
Acara disudahi dengan bacaan Tahlil serta Doa Selamat yang dikepalai oleh Imam Masjid Zainab Lumut, Awang Soffian bin Bidin.
Antara lain, majlis ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya berserta Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pemimpin akar umbi serta menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan.