Tazkirah serikan malam Tadarus Al-Quran



​​

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Kira-kira 700 warga Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyertai Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi di Surau, Istana Nurul Iman, yang diadakan bagi malam kelapan.


Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.


Sementara itu, di ruangan jemaah perempuan pula, hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.


Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, seterusnya Sembahyang Sunat Witir dan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah.


Tazkirah bertajuk 'Hidupkan Bulan Ramadan dengan Asmaul Husna : Al-Ghafur (Yang Maha Pengampun)' turut menyerikan lagi acara berkenaan, masing-masing disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Hazimin bin Haji Metali di ruangan jemaah lelaki, manakala Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Dayang Nurul 'Ain binti Mohd. Redzuan @ Jasmona Anak Janteang pula di ruangan jemaah perempuan.


Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan seterusnya majlis ditutup dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


Turut hadir, pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi; serta pegawai dan guru ugama dari Jabatan Pengajian Islam.


Close