Mempererat hubungan silaturahim melalui kegiatan gotong-royong



​​


Oleh : Siti Rokiah Abdullah / Foto : Ihsan Majlis Perundingan Kampung Kasat





KAMPUNG KASAT, Sabtu, 7 Februari. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kasat serta ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kasat telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kelamasi, Kampung Kasat, baru-baru ini.


Hadir menyertai aktiviti tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Penghulu Mukim Lumapas.


Aktiviti gotong-royong tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan kawasan tanah perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan terpelihara, di samping memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab serta keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kemudahan awam dan tempat persemadian umat Islam.


Antara kerja-kerja yang dijalankan termasuk pembersihan semak samun, pengumpulan sampah, pemotongan rumput serta penyusunan kawasan sekitar tanah perkuburan. Usaha tersebut diharap dapat memberikan keselesaan kepada para waris dan orang ramai yang menziarahi pusara ahli keluarga mereka.


Aktiviti seumpama ini juga diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan persekitaran kampung sentiasa terpelihara serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.


Close