Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil sempena Sambutan Jubli Emas RPK ABDB





Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Februari. - Bersempena dengan Ulang Tahun Jubli Emas Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RPK ABDB), RPK ABDB telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.


Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong pagi tadi.


Hadir pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof.


Turut hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan warga RPK ABDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, diikuti dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.


Majlis berkenaan merupakan sebahagian daripada rangkaian aktiviti Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Emas RPK ABDB yang akan diraikan pada 12 Februari 2026, dengan acara kemuncak dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2026.



Close