Berita : Radio Televisyen Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Januari. - Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan kepada orang ramai terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dengan ini memaklumkan bahawa Nisfu Syaaban bagi Tahun 1447 Hijrah jatuh pada petang Isnin malam Selasa, 2 Februari 2026 Masihi.
Berikutan dengan itu juga ketetapan bagi merukyah hilal Ramadan bagi Tahun 1447H akan dilakukan pada petang Selasa, 29 Syaaban 1447H bersamaan 17 Februari 2026M di Bangunan Mutiara Exchange, Lebuh Raya Tungku Daerah Brunei dan Muara, Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun, Pekan Muara Daerah Brunei dan Muara, Bukit Agok Jerudong Daerah Brunei dan Muara, Bangunan Hilal Bukit Ambog Daerah Tutong dan Bangunan Hilal Bukit Lumut Daerah Belait.