PGGMB anjur Majlis Sambutan Israk, Mikraj





Siaran Akhbar dan Foto : Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 Januari. - Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa agung dan signifikan dalam sejarah umat Islam.


Oleh itu, dalam memperingati peristiwa agung tersebut, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) tidak ketinggalan mengadakan sambutan ini setiap tahun bagi warga PGGMB agar sentiasa mempelajari, mengamalkan, mengimani peristiwa ini secara konsisten dan istiqamah.


Majlis Sambutan Israk dan Mikraj yang diadakan di Ibu Pejabat PGGMB itu diisikan dengan bacaan tahlil, ceramah dan penyampaian derma kebajikan kepada Ahli-ahli PGGMB dan Doa Khas khusus untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PGGMB, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri.


Majlis sambutan tersebut diserikan dengan ceramah bertajuk 'Sembahyang Teras Model Insan Cemerlang' oleh Pemangku Pengarah Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Saharuddin bin Haji Petra.


Acara diikuti dengan penyampaian derma kebajikan kepada 2O orang Ahli-ahli PGGMB yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Ini merupakan Tanggungjawab Sosial Koporat (SCR) PGGMB kepada Ahli-ahli PGGMB yang memerlukannya.


Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Yang Dipertua PGGMB, Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad; Setiausaha Agung PGGMB, Awang Yakub bin Haji Abdul Rahman dan Setiausaha Kewangan PGGMB, Awang Haji Juned bin Haji Ramli.


Turut hadir, Pengerusi Badan Agama PGGMB, Awang Haji Khalidon bin Haji Mohd. Salleh; Pengerusi Badan Kebajikan PGGMB, Dr. Hajah Jamilah binti Haji Mohd. Yusof; jawatankuasa kerja tertinggi, guru-guru besar, guru-guru, Ahli-ahli PGGMB dan kakitangan PGGMB.​


Close