Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
BERAKAS, Khamis, 22 Januari. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi di Dewan Digadong, KKBS.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad.
Bagi memohon keberkatan majlis, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, KKBS, Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan.
Seterusnya, majlis turut diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Mohammad Nasyith bin Superi.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khas bagi kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Doa Allah Peliharakan Sultan.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua bahagian dan jabatan serta pegawai dan kakitangan KKBS.
Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah menjadikan asas pengisytiharan solat lima waktu kepada umat Islam dan memberikan kesedaran untuk mengamalkan solat dengan lebih khusyuk dan sempurna.