Memperkukuh semangat pasukan, menggalakkan kehidupan sihat




Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.





BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Disember. - Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi Industries) telah menganjurkan Pertandingan Badminton, di mana para kakitangan berpeluang menyertai pertandingan secara mesra.


Kejohanan ini menampilkan empat kategori, iaitu Perseorangan Lelaki, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran. Seramai 82 kakitangan telah mengambil bahagian dalam semua kategori.


Awangku Muhammad Adifakhri Muqri bin Pengiran Haji Md. Yussof muncul sebagai juara dalam Kategori Perseorangan Lelaki. Dalam Kategori Beregu pula, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Md. Hamdani dan Awang Nabel Rabani bin Mohammad Din raih gelaran juara, manakala Dayang Nameera Al‐Iman binti Mohd. Bakri dan Dayang Amal Asheeqah binti Mohd. Bakri memenangi dalam Beregu Wanita.


Untuk Kategori Beregu Campuran, Dayang Nurul Naqiyah Zakiyah Haji Joharry dan Awang Afif Wafiyuddin Suhaimi telah dinobatkan sebagai juara tahun ini.


Pertandingan Badminton ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Hengyi Industries untuk memupuk hubungan lebih erat dan kerjasama dalam kalangan pekerja, sambil menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.


Ia memberikan peluang kepada para pekerja untuk berinteraksi di luar peranan harian mereka dan menyumbang kepada pembinaan budaya kerja yang positif, menyokong dan aktif.

Close