Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
HA NOI, REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM, Selasa, 2 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Viettel Group, Ha Noi.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Deputy Minister of National Defence, Sr. Lt. Gen. Nguyen Truong Thang; dan Secretary General of Communist Party Committee, Vice President of Viettel, Major Gen. Nguyen Dinh Chien.
Semasa lawatan tersebut, Kebawah DYMM berkenan mendengar sembah taklimat mengenai syarikat berkenaan dan menyaksikan pameran peralatan-peralatan ketenteraan dan awam seperti Service drones, UAV drone, Military communications system, dan Autopilot systems di Viettel Digital Museum.
Viettel Digital Museum mempamerkan sejarah dan evolusi teknologi syarikat Viettel melalui gabungan pameran tradisional dan multimedia interaktif.