Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Luong Cuong; dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh, kerajaan serta rakyat Republik Sosialis Viet Nam berikutan dengan banjir kilat dan tanah runtuh yang telah melanda kawasan wilayah tengah Republik Sosialis Viet Nam baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.