Berkenan meletakkan kalungan bunga




Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Hernie Suliana Haji Othman

 





BUDAPEST, HUNGARY, Selasa, 18 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Upacara Meletakkan Kalungan Bunga yang bertempat di Heroes' Square, Budapest.


Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Captain of The Garrison Unit, Mr. György Szuhár.


Heroes' Square (Hősök tere) merupakan salah satu mercu tanda utama di Budapest. Ia menempatkan salah satu simbol ikonik bandar, iaitu Tugu Peringatan Milenium, yang merangkumi tujuh ketua suku kaum Magyar yang mengasaskan Hungary dan ketua-ketua negara penting yang lain dalam sejarah Hungary.


Close