Berangkat hadiri Majlis Sambutan Kenegaraan




Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Hernie Suliana Haji Othman

 





BUDAPEST, HUNGARY, Selasa, 18 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat memulakan Keberangkatan Negara ke Hungary dengan menghadiri Majlis Sambutan Kenegaraan berlangsung di Kossuth Lajos Square, Budapest.


Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Presiden Hungary, Tuan Yang Terutama Dr. Tamás Sulyok.


Semasa majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama-sama Tuan Yang Terutama Presiden Hungary memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Hungarian Armed Forces. Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara kemudiannya dimainkan.


Baginda turut disembahkenalkan kepada rombongan Hungary, manakala Tuan Yang Terutama Presiden Hungary diperkenalkan kepada para delegasi Negara Brunei Darussalam.


Close