Berkenan menyaksikan Pertandingan Sukan Karate



​​


Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Perpaduan Islam Ke-6






ARAB SAUDI, Selasa, 11 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Karate di Malaz Combat Hall.


Pertandingan ini melibatkan dua atlet negara iaitu Dayang Farhah Syahirah binti Mohd. Sahmrin (Women's Individual Kata) dan Awang Mohammad Nazirul bin Haji Johari (Men's Individual Kata).


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah juga berkenan mengurniakan sabda nasihat kepada para atlet.


Dayang Farhah Syahirah memperoleh 37.7 menentang atlet dari Algeria yang memperoleh 38.3 di Quarterfinal.


Sementara, Awang Mohammad Nazirul telah berjaya memenangi Round 16 menentang atlet Niger dengan kiraan mata 39 berbalas 36.6 dan kalah di Quaterfinal kepada atlet UAE dengan memperoleh 38.2 berbalas 39.6.


Close