BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turkiye berikutan dengan insiden nahas kapal terbang tentera kargo Republik Turkiye yang terhempas di antara sempadan Azerbaijan dan Georgia.