DPMM berkenan menerima mengadap



​​


Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Mohammad Hasif Matzin






BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong yang berada di negara ini selama dua hari pada 3 hingga 4 November 2025 bagi menghadiri Program Pemimpin-pemimpin Muda (YLP) Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Singapura Kali Ke-11.


Turut berangkat pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezan, malam tadi ialah paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Juga berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.


Hadir bersama Tuan Yang Terutama Lawrence Wong pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Pembangunan Negara, Tuan Yang Terutama Chee Hong Tat; Menteri Negara Kanan, Kementerian Kesihatan & Kementerian Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Dr. Koh Poh Koon; Menteri Negara, Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital & Kementerian Pendidikan, Puan Yang Terutama Jasmin Lau; Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia & Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Ms. Goh Hanyan; Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pendidikan & Kementerian Pembangunan Negara, Dr. Syed Harun Alhabsyi dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke NBD, Tuan Yang Terutama Laurence Bay.


Selepas Majlis Mengadap, Majlis Santap Malam telah dihoskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota bagi mengalu-alukan lawatan Tuan Yang Terutama dan delegasi sempena YLP NBD dan Republik Singapura Kali Ke-11.


YLP Ke-11 merupakan program pertukaran tahunan di antara NBD dan Republik Singapura bagi meningkatkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin serta bagi pemimpin-pemimpin masa depan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala, serantau dan pembangunan global.


Program tersebut dihoskan secara bergilir-gilir antara kedua buah negara, di mana kali terakhir program ini diadakan ialah pada tahun 2024 di Republik Singapura.


06 (13).jpg


07 (13).jpg


08 (10).jpg


09 (8).jpg


09 (8).jpg


10 (8).jpg


11 (3).jpg


12 (3).jpg


13 (3).jpg


14 (2).jpg


15 (2).jpg


16 (1).jpg


17 (1).jpg


18 (1).jpg




Close