Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bomba dan Penyelamat
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Lima buah rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Pandai Besi 'A', hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 11.45 pagi.
Tiga buah bot dan tiga buah jentera berserta 35 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kebakaran. Anggota JBP seterusnya bertindak memadam kebakaran menggunakan empat jet hos 64mm ke 38mm.