BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Federal Presiden, Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier; dan Federal Chancellor, Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Friedrich Merz, kerajaan serta rakyat Republik Persekutuan Jerman bersempena dengan Day of German Unity.