Siaran Akhbar dan Foto : Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 September. - Program Australia Flagship Regional Defence, Indo-Pacific Endeavour (IPE25) tiba di Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 12 September 2025 yang lalu.
IPE25 telah menghimpunkan anggota-anggota dari Tentera Laut, Tentera Darat, Tentera Udara dan Jabatan Pertahanan Australia bagi mengukuhkan hubungan dengan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
IPE25 bertepatan dengan Sambutan Ulang Tahun Commemorations For Australia's Operation Ke-80 bagi membebaskan Kepulauan Borneo. Australia dan NBD menikmati hubungan pertahanan yang lama terjalin sejak Perang Dunia II.
Pada tahun 2025, para peserta dari Australia dan NBD menjalin kerjasama melalui pertukaran dalam bidang siber pertahanan, undang-undang ketenteraan, perancangan tenaga kerja. Aktiviti berasaskan 'Faith based' dan budaya juga akan mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat di kedua-dua buah negara.
Bagi menyokong IPE2025, Royal Australian Navy's ANZAC class frigate HMAS Ballarat, telah tiba di Pangkalan Tentera Laut Muara bagi menyertai Exercise Penguin, iaitu latihan keselamatan maritim dwitahunan. Sebuah pesawat rondaan maritim A Royal Australian Air Force P-8A Poseidon turut akan menyokong latihan ini.
IPE 2025 juga akan menjalankan aktiviti bersama Timor-Leste, Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Singapura, Filipina, Thailand, Sri Lanka dan Viet Nam.
Komander IPE 2025, Brigedier Jennifer Harris, CSC dalam ucapannya menyatakan bahawa Australia dan NBD mempunyai kepentingan bersama dalam memastikan rantau Lautan Hindi yang terbuka, stabil dan makmur.
“Sejak penubuhannya pada tahun 2017, IPE telah berkembang menjadi program yang unik, fleksibel dan disesuaikan untuk melibatkan rakan serantau dalam bidang kepentingan bersama. IPE25 bukan sekadar kerjasama ketenteraan ia tentang membina hubungan yang berkekalan melalui latihan, pertukaran budaya dan pengalaman bersama.
“Kami dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi tumpuan kepada pertukaran pengetahuan, daripada cabaran keselamatan bersama hinggalah kepada asas budaya seperti aktiviti keagamaan dan inisiatif masyarakat. Kami berharap dapat memperkukuh hubungan pertahanan, saling belajar, dan memperdalam kerjasama erat kami minggu ini," tambahnya.
Sementara Pesuruhjaya Tinggi Australia ke NBD, Tuan Yang Terutama Michael Neil Hoy berkata bahawa IPE25 mencerminkan keluasan hubungan pertahanan Australia dan NBD, merangkumi isu siber, maritim, perundangan, perancangan dan kesihatan mental. Pendekatan kolaboratif dan menyeluruh sebegini diperlukan untuk menangani masalah keselamatan kompleks yang muncul di rantau kita.
“Pertukaran kita dengan NBD di bawah IPE25 mengukuhkan komitmen Australia terhadap rantau yang aman, stabil dan makmur berteraskan keterbukaan, penghormatan terhadap kedaulatan dan pematuhan terhadap peraturan dan norma yang dipersetujui," jelas Tuan Yang Terutama Michael Neil Hoy.