Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
SERUSOP, Isnin, 1 September. - Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1447 Hijrah bertempat di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, lewat petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam tersebut ialah
Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.
Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan lelaki Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Persembahan Dikir Syarafil Anam adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping bagi mengenang jasa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sebelumnya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan majlis yang sama pada Sabtu, 30 Ogos 2025 bertempat di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku Katok.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.