Berangkat tiba di Malaysia




Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hernie Suliana Haji Othman





KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Isnin, 25 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat tiba di Malaysia bagi mengadakan Keberangkatan Negara dan seterusnya menghadiri Perundingan Tahunan Ketua-ketua Kerajaan Kali Ke-26 di antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Malaysia.


Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Berangkat dan hadir bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pangkalan Tentera Udara Subang ialah Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim; Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Alhaj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; Menteri Komunikasi Malaysia, Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil selaku Menteri Pengiring; Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Yang Amat Berbahagia Datuk Rozainor bin Ramli; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan.


Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin.




Close