Abdul Yazid juara Beyblade X Terbuka ‘2 on 2’





Siaran Akhbar dan Foto: DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam






PANCHOR MENGKUBAU, Ahad, 17 Ogos. – Awang Abdul Yazid bin Haji Jamaludin daripada Pasukan DBos Beys (DB) dinobatkan sebagai juara dan naib juara pada Pertandingan Beyblade X Terbuka '2 on 2' anjuran Undergroundz X yang diadakan di Teratak DBos Kampung Panchor Mengkubau.


Manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Mohd. Azrul Redzuan bin Mohd. Tuah dari Pasukan DBos Beys setelah berjaya menewaskan Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers.


Bagi pemenang sagu hati Top 8 pula disandang oleh Awang Muhammad Aqil Atthar bin Mohammad Aqim (BGB), Awang Abdul Yazid bin Haji Jamaludin (DB), Awang Yusri bin Ramblee (DB) dan Awang Amsyar Waiz bin Wahab (DB).


Sementara itu, kedudukan dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi Musim 2025-2026 pula, Pasukan DBos Beys berjaya memperoleh 23 mata sekali gus memintas Pasukan Brothers Geng Bladers yang mengutip 17 mata, diikuti Pasukan Jakusha Bladers mengutip 11 mata dan Pasukan Undergroundz X mengutip 3 mata.


Close